fbpx
Namawee.

Jaminan Namewee disambung 14 hari lagi, tunggu laporan toksikologi dan bedah siasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkembangan siasatan melibatkan Wee Meng Chee @ Namewee terus memasuki fasa baharu apabila jaminan terhadap penyanyi kontroversi disambung selama 14 hari bermula esok hingga 10 Disember 2025.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata sambungan jaminan itu dibuat pada pukul 4 petang tadi.

“Pihak polis masih menunggu laporan toksikologi dan laporan bedah siasat (post mortem) mangsa,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan bahawa Namewee direman enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan, sebelum reman itu dilanjutkan lagi selama tiga hari.

Terdahulu, Namewee, 42, tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 5 November lalu untuk membantu siasatan.

Sebelum ini, Fadil memaklumkan bahawa kes tersebut pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), namun siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan itu susulan kematian seorang pempengaruh wanita Taiwan berusia 31 tahun yang ditemukan tidak bernyawa di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN