fbpx
Gambar hiasan.

Hujan berterusan kategori bahaya di Terengganu hingga 28 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan kemas kini amaran hujan berterusan melibatkan beberapa negeri di Semenanjung sehingga 29 November 2025 susulan keadaan monsun yang aktif.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Datuk Mohd Hisham Mohd Anip, berkata amaran hujan berterusan (Bahaya) sehingga 28 November 2025 melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Terengganu.

Beliau berkata, amaran hujan berterusan (Buruk) sehingga 26 November 2025 dikeluarkan bagi kawasan Kelantan serta Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

“Amaran ujan berterusan (Waspada) sehingga 26 November 2025 meliputi Perlis, beberapa daerah di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling, selain Hulu Perak di Perak.

“Bagi Pahang, status Waspada dijangka berterusan sehingga 27 November 2025 melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Kuantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran waspada tambahan berkuat kuasa 28 hingga 29 November 2025 melibatkan kawasan lebih luas iaitu Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Pulau Pinang; Perak; Pahang; Selangor; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Wilayah Persekutuan Putrajaya; Negeri Sembilan; Melaka serta Tangkak dan Segamat di Johor.

Katanya, keadaan cuaca ketika ini dipengaruhi monsun timur laut yang membawa hujan berterusan di beberapa negeri.

“Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan sentiasa mengikuti amaran terkini yang dikeluarkan kerana situasi cuaca boleh berubah dari semasa ke semasa,” katanya.

Tambahnya, maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, media sosial jabatan serta talian hotline 1-300-22-1638. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN