fbpx
Keadaan banjir di Hatyai, Thailand. Foto AFP

Hatyai ‘tenggelam’ sampai Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Bandar Hatyai diramalkan tenggelam akibat banjir sehingga pertengahan bulan Disember ini.

Pengarah Pusat Perubahan Iklim dan Bencana di Universiti Rangsit dan Naib Presiden Yayasan Majlis Amaran Bencana Kebangsaan, Prof Madya Seree Supratid berkata, walaupun paras air menurun di hulu daerah Sadao, aliran hiliran akan meningkat sebelum sampai ke bandar memburukkan lagi situasi banjir.

“Pada pukul 7 pagi (semalam), aliran banjir meningkat 2 meter berbanding kelmarin. Kebanyakan rumah yang tenggelam satu meter sebelum ini, tenggelam sepenuhnya.

“Sementara itu, kawasan perumahan seperti di Khuan Lang Municipality tenggelam sampai bumbung,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau meramalkan hujan dari 21 hingga 25 November mencecah 850 millimeter iaitu 1,200 sehingga 1,500 juta meter .

Saliran kapasiti semula jadi dan pengepaman mengambil masa 10 hari untuk surut sekali gus menjejaskan paras air laut sehingga hujung bulan ini.

Seree berkata, kekurangan koordinasi dalam pengurusan bencana di bawah Akta Pencegahan dan Mitigasi Bencana 2007.

“Walaupun situasi telah masuk ke peringkat ketiga dengan kementerian dalaman sebagai komander bencana dalam mengarahkan Kabinet untuk mengikut mekanisme formal pengurusan banjir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN