fbpx
Kebiasaannya, komuniti pencandat sotong mengabang tertumpu di kawasan Pantai Timur terutama Terengganu, bagaimana pula potensi eging di perairan Utara negara kita?

Mencandat sotong mengabang di Utara tanah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEBIASAANNYA, ketika datangnya musim angin timur di sebelah Utara terutama di Kedah, ia meru­pakan masa yang ditunggu-tunggu oleh peminat eging kerana masuknya musim sotong mengabang.

Di sebelah Kedah, sotong mengabang turut dipanggil oleh orang-orang lama sebagai ‘sotong arus’ berkemungkinan kerana sotong ini aktif bermain arus semasa mencari makanan.

Satu lagi nama yang menarik untuk sotong mengabang ini ialah ‘sotong daun’. Saya tidak pasti asal usul nama ‘daun’ tersebut, namun ada pemancing mengatakan mung­kin sotong ini duduk pegun di air lenang dengan penyamaran badan seperti menyerupai daun mati terampai.

Di Kedah terutama di perairan Yan, ada empat pulau utama yang menjadi lokasi popular pencandat sotong mengabang iaitu Pulau Songsong, Pulau Telur, Pulau Bidan dan Pulau Bunting.
Selain pulau-pulau di Yan ini, perairan Pulau Langkawi juga merupakan lokasi eging sotong mengabang yang selalu dikunjungi pemancing.

Pulau Songsong

Pulau menjadi kegemaran saya untuk aktiviti eging adalah Pulau Songsong kerana faktor airnya yang jernih dan terdapat banyak kawasan berkarang bercampur pasir, sekali gus menjadi habitat ideal untuk sotong mengabang.
Secara am, eging di perairan ini boleh dikatakan tidak mengikut musim.

Mungkin warna dan bentuknya seperti daun mati yang terampai menyebabkan orang dahulu memanggilnya ‘sotong daun’.

Asalkan cuaca baik dan bot dapat sampai ke pulau sudah dikira boleh mencandat. Inilah kelebihan utama buat pencandat di sini berbanding di Pantai Timur.

Namun ada masa-masa tertentu, bilangan sotong mengabang ini lebih banyak terutama ketika musim kemarau di tanah besar.

Itu merupakan masa terbaik buat kumpulan sotong mengabang ini menghimpit pesisir pantai pulau yang berkarang untuk mencari makanannya melimpah.

Tip dan teknik

Bagaimana pula caranya untuk eging di pulau?

Kebiasaannya, kami akan mencandat dengan menggunakan bot kerana lebih mobil dan senang berpindah-pindah lokasi untuk mencari sotong mengabang di satu-satu tempat berdasarkan keadaan air serta arus bersesuaian.

Selain menggunakan bot, ada masa kami akan balik hari atau berkhemah di atas pulau dan trekking ke kawasan berpotensi ada sotong mengabang.

Bukan semua kawasan tepi pulau ada sotong mengabang, dari pemerhatian saya dan tip daripada pencandat-pencandat sotong berpengalaman, lokasi berkarang bersebelahan dengan kawasan berpasir merupakan habitat paling ideal untuk melontar candat.

Ini kerana, sotong mengabang gemar menunggu di kawasan sebegitu untuk menyamar dan menyergap mangsa yang berlegar berhampirannya.

Cara kedua adalah meninjau lokasi kumpulan anak-anak ikan atau ikan-ikan kecil berada.

Pulau Songsong menjadi lokasi kegemaran saya untuk eging sotong mengabang.

Sebagai haiwan pemangsa, sotong mengabang menjadikan ikan-ikan kecil sebagai diet utama. Tempat ada banyak makanan pasti ada sotong mengambang berhampiran.

Cara ketiga, seperti kebanyakan ‘orang-orang lama’ menggelar sotong mengabang ini sebagai sotong arus, maknanya sotong ini suka memilih kawasan berarus untuk menyergah makanan.

Ini kerana, kawasan ada aliran arus merupakan laluan ikan-ikan kecil yang mencari makanan berupa plankton hanyut mengikut arus. Jadi, sotong juga bergerak bermain arus ketika pasang surutnya laut untuk mencari makanan dengan mudah.

Candat, joran dan kekili

Pilihan saiz dan warna candat amat memainkan peranan penting dalam memburu sotong mengabang di perairan sini. Saiz candat yang selalu saya gunakan adalah 2.5, 3.0 dan 3.5.

Candat saiz-saiz begini ideal untuk lontaran yang jauh ke sudut pilihan, selain dapat tenggelam dengan cepat ke kedalaman diingin­kan lebih-lebih lagi di kawasan berarus.

Warna candat yang selalu saya gunakan dan terbukti efektif di sini adalah oren, merah jambu dan biru.

Sebaiknya, gunakanlah candat yang badannya ada bebola besi boleh bergetar setiap kali dimainkan (rattling) untuk menarik perhatian sotong.

Eging memerlukan anda menggunakan set pancing yang berlainan daripada pancingan ikan atau udang galah.

Setnya berkelas ultra ringan dengan joran yang panjang lebih dari­pada tujuh kaki dan tip halus serta sensitif terhadap getuan sotong.

Contoh set-up yang saya gunakan adalah joran Rapala Tiger Beet 7’3”, 4-8lb digandingkan dengan kekili Daiwa Luvias 1003 yang diisi tali utama braided Sufix 3lb dan leader fluorocarbon Sufix 10lb.

Pastikan untuk hasil eging yang terbaik, lempar candat anda ketika ‘arus pasang mula bertolak surut’ dan ‘arus surut bermula naik pasang’.

Sila guna candat saiz besar kerana sotong mengabang bersaiz kasar selalunya mahukan candat besar, dan gemar menunggu di dasar paling dalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN