fbpx
Steven Sim ketika hadir menyampaikan peruntukan RM207,000 bagi pembangunan digital di SMK Bukit Mertajam.

Steven Sim salur RM207,000 naik taraf SMK Bukit Mertajam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong menyalurkan peruntukan RM207,000 bagi menaik taraf kemudahan pembelajaran digital di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mertajam, di sini.

Peruntukan disalurkan di sekolah berusia 61 tahun itu merangkumi sumbangan tahun 2024 berjumlah RM107,000 melibatkan pemasangan ‘smartboard’ yang digunakan untuk projek Digital STEM Classroom Fasa 1 dan pendingin hawa.

Bagi peruntukan tahun 2025 pula, sebanyak RM100,000 disalurkan bagi meneruskan projek Digital STEM Classroom Fasa 2 (smartboard).

Menerusi lawatan tidak rasmi itu, pihak sekolah yang diketuai Pengetua, Saniza Matt Lazim, bersama Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), S. Sivaji Arumugam turut mengemukakan beberapa permohonan peruntukan tambahan.

Untuk permohonan tersebut, Steven Sim telah memberi komitmen tambahan sebanyak RM200,000 khusus untuk pembelian ‘smartboard’ tambahan bagi melengkapkan semua bilik darjah di SMK Bukit Mertajam dengan teknologi tersebut.

“Apa yang saya berikan hari ini bukanlah besar, tetapi saya harap sumbangan ini boleh menjadi pemangkin.

“Saya ingin menggalakkan para alumni SMK Bukit Mertajam untuk turut memberi kembali, kerana pendidikan adalah pelaburan terpenting untuk generasi akan datang,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, penyerahan peruntukan tersebut diyakini dapat memberi impak besar kepada pembangunan sekolah dan kesejahteraan kepada 967 pelajar dan 79 kakitangan sekolah berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN