fbpx
BEKAS Pengerusi JPKK dibawa keluar selepas didakwa pecah amanah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini.

Bekas Pengerusi JPKK didakwa pecah amanah bayaran kontrak pembalakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Mat Daling, Jerantut didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan bayarak kontrak pembalakan kepada JPKK kampung antara 2022 hingga 2023.

dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas dua tuduhan pecah amanah melibatkan wang bayaran kontrak pembalakan berjumlah RM40,000 yang dibayar sebuah syarikat kepada JPKK kampung itu antara 2022 hingga 2023 lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Mohamed Sahimi Wan Ishak, 63, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Sazlina Safie.

Menurut kertas pertuduhan tertuduh didakwa melakukan pecah amanah melibatkan sebanyak RM40,000 yang diserahkan wakil sebuah syarikat pembalakan kepada JPKK Kampung Mat Daling selaras dengan perjanjian pembalakan antara dua pihak terbabit.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dua premis berasingan termasuk di pejabat syarikat pembalakan di Taman Temin Utama Jerantut pada Julai 2022 dan April 2023.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ezuain Farhana Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Syamsul Akmar Yusof.

Dalam prosiding Ezuain Farhana memohon agar mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh dikenakan syarat melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan, tidak mengganggu saksi dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Syamsul Akmar yang mewakili tertuduh kemudiannya merayu agar anak guamnya diberikan satu jumlah jaminan minimum mengambil kira faktor usia dan pendapatan tertuduh sekitar RM800 sebulan sebagai penoreh getah.

Sazlina kemudian membenarkan jumlah jaminan dikurangkan kepada RM5,000 dengan seorang penjamin warga tempatan.

Tertuduh turut diperintahkan melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap bulan, tidak boleh mengganggu saksi dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 13 Januari depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN