fbpx
GOLONGAN peniaga mengakui harga sayur-sayuran mengalami kenaikan ekoran kekurangan bekalan akibat banjir di Pasar Moden Seksyen 6, Shah Alam semalam.

Harga sayur naik musim banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Musim tengkujuh yang melanda beberapa negeri terutama di Pantai Timur dan Utara se­jak Ahad lalu menyaksikan har­ga sayur mengalami kenaikan sehingga dua ka­li ganda ekoran kekura­ngan be­kalan akibat banjir.

Tinjauan Kosmo! menyaksi­kan beberapa jenis sayur-sayu­ran termasuk cili padi naik an­tara RM2 hingga RM6. Antara sa­yur yang naik adalah kubis da­ripada RM6 kepada RM8 sekilo, cili padi RM14 sekilo kepada RM20 sekilo.

Seorang peniaga sayur, Az­mi Ali, 38, berkata, setiap kali musim tengkujuh, harga sayur-sayuran sering berubah akibat kekurangan bekalan dari ladang dan keadaan ini akan kembali normal dua bulan lagi.

“Walaupun bukan semua­nya disebabkan banjir, memang tak dapat dinafikan kerosakan ­ladang akibat bah membuatkan banyak harga sayur naik mendadak.

“Sebelum ini cili padi sekitar RM14, tapi bila banjir naik sampai RM20 satu kilogram (kg). Daun ketumbar pula daripada RM15 terus melambung ke RM38 sekilo,” katanya ketika ditemui di Pasar Moden Sek­syen 6, di sini, semalam.

Peniaga lain, Muhammad Zul­fadhli Muhammad Ismail, 42, berkata, kalangan peniaga per­lu bertahan dengan kenaikan harga terutama sayur jenis daun daripada pembekal.

“Sayur seperti kangkung, ba­yam dan sawi naik sehingga 30 peratus berbanding harga sa­yur lain, memang jauh beza,” ka­tanya.

Seorang peniaga yang ingin dikenali Naib, 67, berkata, harga sa­yur yang dibeli peniaga dari pasar borong dan kampung ber­beza.

“Saya sendiri mendapatkan bekalan dari kampung. Walaupun kawasan itu turut terjejas banjir, keadaannya ma­sih tidak seteruk dialami pembekal atau peniaga yang ber­gantung kawasan dilanda banjir teruk.

“Kebanyakan sayur yang naik harga ini, peniaga dapat bekalan dari Thailand. Jadi bila laluan penghantaran terjejas, har­ga memang tak dapat dikawal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN