fbpx
Tangkap layar sesi siaran langsung Mohd. Amir di Facebook sebentar tadi.

Banjir Hatyai: ‘Ada tuan janji bantuan trak, tapi sampai sekarang tiada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kami dah janji nak keluar pukul 9 pagi waktu Malaysia, tapi sampai sekarang masih terkandas.”

Itu luahan sukarelawan Malaysia, Mohd. Amir Faizal yang kini berada di Danok, Thailand selepas usaha pasukannya memasuki kawasan banjir di Hatyai terus gagal akibat keadaan air yang semakin meningkat sejak semalam.

Menurutnya, laluan utama di Danok dan Sadao sudah mula dinaiki air sehingga ke paras pinggang, menyebabkan lori, trak pikap dan bot sukar bergerak.

“Dekat Danok pun air dah bertakung. Sadao pula dah tenggelam. Lori dah tenggelam. Kami sendiri tak boleh masuk. Ada tuan janji nak bagi trak bantuan, tapi sampai sekarang tak ada,” katanya dalam sesi siaran langsung tadi.

Mohd. Amir turut merayu mangsa banjir dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih terperangkap di Hatyai supaya memberi keutamaan kepada keselamatan diri.

“Kami pasukan penyelamat (sukarelawan) pun tersekat. Mangsa di dalam kawasan banjir, tolong selamatkan diri masing-masing dulu. Cari makan, rehat, jangan habiskan bateri telefon. Itu penting,” ujarnya.

Kata Mohd. Amir, pihak berkuasa Thailand telah menghantar beberapa lori untuk membawa rakyat Malaysia keluar, namun jalan di Sadao terputus sepenuhnya dan air terus meningkat.

“Anggota kami masuk buat pemantauan. Dalam tu air naik paras pinggang dan deras. Memang bahaya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN