fbpx
PELAKON Ashraf Muslim menjadikan Rosyam Nor sebagai idola yang tidak hanya berjaya dalam karier seni malah menjadi ahli perniagaan disegani. – FAIZ ALIF

‘Jadi artis kena ada backup plan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LEBIH dua dekad bertahan dalam arena seni, pelakon Ashraf Muslim mengakui kini lebih aktif dalam bidang perniagaan. Selepas menghasilkan baju Melayu jenama sendiri, Ashraf mengembangkan sayap perniagaan dengan kolaborasi bersama Tengku Datuk Dr. Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj bawah fesyen JeMels Atelier. Ini membuktikan Ashraf sememangnya serius untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangannya demi masa depan keluarga.

HIBGLAM: Apa pendapat Ashraf berhubung situasi bisnes dalam kalangan selebriti yang dikatakan sangat mudah untuk meraih sambutan hangat.

ASHRAF: Kalau nak kata artis buat bisnes apa pun mesti laku, rasa tak berapa tepat sebab meniaga ada naik turun. Tidak kiralah artis atau bukan, yang penting cara kita kendalikan bisnes itu. Saya yakin kalau betul-betul jumpa pasukan yang betul, ikhlas dan mempunyai idea bagus mesti boleh pergi jauh.

Siapa individu yang anda jadikan idola terutama dalam bidang perniagaan?
Saya tengok Datuk Rosyam Nor, saya ikut perjalanan dia dalam karier daripada pelakon tambahan yang duduk di rumah flat, sebelum itu lagi dia kerja di belakang tabir.

Sekarang ini macam mana? Dia ada bisnes ST Rosyam Mart, ada tanah beratus-ratus ekar, ada produksi sendiri. Bukan saya nak angkat dia tapi memang perjalanan dia sangat bagus. Saya kena ikut rentak dia.

Adakah setiap artis patut menyertai bidang perniagaan?
Jujurnya dalam industri seni ada turun naik sama macam berniaga. Jadi kita boleh tengok dari segi pengalaman apa yang berlaku. Bila dah naik selepas itu turun, nak naik balik bukan senang. Orang datang bersilih ganti, jadi kita tak ada KWSP atau SOCSO, semuanya sendiri.

Kalau rasa kita nak masa depan terjamin untuk keluarga, kena fikir banyak cara. Bukan sahaja berlakon tetapi kena fikir inisiatif-inisiatif lain.
‘Back up plan’ kena ada sebab kita tak tahu apa yang berlaku nanti. Mungkin 10 tahun awal kita okey tetapi selepas itu tak tahu. Kena hati-hati.

Memandangkan anda sendiri terlibat dalam Jemels, apakah yang anda lakukan selaku pengasas?
Dalam Jemels saya nampak peluang untuk pertumbuhan bisnes sebab kita tahu IOI City Mall merupakan tempat menarik. Tengok Jemels ada kekuatan dari segi reka bentuk.

Saya pula ada idea baru untuk tambahkan reka bentuk bunga tanjung sebab Tengku pun anak Bendahara Selangor. Jadi, dia perlu naikkan nama Selangor dengan elemen bunga tersebut. Bunga tanjung merupakan bunga rasmi bagi negeri Selangor dan kita nak beritahu bunga tanjung adalah elemen ikonik untuk Jemels.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN