fbpx
Lukisan Allahyarham Nik Aziz yang tidak terbakar selepas sebuah bangunan di Putik, Kota Bharu hangus dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

Lukisan arwah Tok Guru Nik Aziz, ayat Kursi tak hangus dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Lukisan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang digantung pada dinding merupakan antara barangan yang tidak hangus dijilat api dalam kebakaran di sebuah pejabat pengurusan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Jalan Maktab, Taman Orkid dekat sini awal pagi tadi.

Penyelia Putik, Raja Roslan Raja Yaacob berkata, selain itu, ayat Kursi yang digantung bersebelahan dengan lukisan turut terselamat dalam kejadian tersebut.

Menurutnya, gambar Allahyarham Nik Aziz atau Tok Guru Nik Aziz sudah digantung lebih 20 tahun di pejabat itu.
“Setakat ini, lukisan Tok Guru dan ayat Kursi di dalam pejabat itu tidak terbakar, malah kedua-dua berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang pengawal keselamatan panik selepas menyedari pejabat berdekatan pondok pengawal di bangunan milik Pas di Putik di Jalan Maktab, Taman Orkid dekat sini terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 pagi itu, pengawal terbabit yang berusia lingkungan 60-an terkejut melihat api marak membakar pejabat yang menempatkan peti besi dan fail terletak bersebelahan pondok pengawalnya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Che Mazlan Mohamed berkata, sebaik menyedari pejabat berkenaan terbakar, pengawal terbabit terus menghubungi penyelia Putik memaklumkan berhubung kebakaran itu.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.31 pagi sebelum lapan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI