fbpx
Gambar hiasan.

Buruh larikan barang kemas untuk belanja, bayar hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang buruh berusia 34 tahun diberkas polis di sebuah hotel bajet di Melaka Raya semalam, selepas disyaki melarikan barang kemas dari sebuah kedai emas di Taman Rambai Jaya, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 5 petang apabila suspek datang ke premis berkenaan dengan berpura-pura mahu membeli rantai leher.

Katanya, suspek kemudian melihat cincin emas seberat 1.17 gram bernilai RM680 serta loket seberat 2.3 gram bernilai RM1,300 sebelum beredar seketika dan kembali pada pukul 6.50 petang untuk melihat semula barang kemas tersebut.

“Suspek yang sedang memegang barang kemas itu tiba-tiba bertindak keluar dari premis dan melarikan diri.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Cawangan D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka yang menjalankan Op Pintu Khas berjaya mengesan dan menahan suspek di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Melaka Raya pada pukul 6.30 petang,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, turut dirampas ialah wang tunai sebanyak RM1,050 dipercayai hasil jualan barang kemas yang diserahkan kepada seorang wanita dipercayai ‘ulat emas’, dikenalinya melalui Facebook.

“Suspek mengaku menjual barang kemas tersebut kepada wanita berkenaan dan wang itu digunakan untuk perbelanjaan harian serta membayar sewa bilik hotel.

“Ujian air kencing terhadap suspek bagaimanapun didapati negatif dadah, manakala usaha mengesan individu yang membeli barang kemas terbabit sedang diteruskan bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN