fbpx
Meor Ismail (kiri) semasa melawat mangsa banjir yang berlindung di PPS SK Sabak, Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI/KOSMO!

Tiada rungutan mangsa banjir berlindung PPS – Nadma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) tidak menerima sebarang rungutan daripada mangsa banjir sepanjang beberapa hari berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa negeri yang terjejas bah.

Ketua Pengarahnya, Meor Ismail Meor Akim berkata, dapatan itu diperoleh menerusi tinjauannya di PPS yang menempatkan mangsa banjir di negeri-negeri terlibat banjir.

Menurutnya, koordinasi setiap agensi dalam menangani isu banjir dijalankan dengan baik dan mengikut standard yang ditetapkan bagi menjaga kebajikan mangsa terlibat.

“Setakat ini, Nadma tidak menerima sebarang rungutan diterima daripada mangsa banjir di PPS. Kita juga menerima perkembangan mengenai perkara itu daripada pelbagai agensi lain.

“Selain itu, setiap agensi mengambil pendekatan sewajarnya mengikut bidang tugas masing-masing. Sebagai contoh, Jabatan Pendidikan Negeri menempatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia yang terjejas banjir di asrama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyantuni mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sabak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Meor Ismail memberitahu, melalui maklumat daripada agensi lain, cuaca di Kelantan semakin baik meskipun terdapat pertambahan jumlah mangsa.

Menurutnya, Nadma mempunyai lebih 100,000 kekuatan anggota daripada pelbagai agensi kerajaan selain aset yang mencukupi termasuk bot dan kenderaan pacuan empat roda untuk digunakan semasa banjir.

“Apabila berlaku banjir di sesebuah negeri, anggota dan aset terlibat akan turun untuk terus membantu mangsa terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI