fbpx
Antara kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang berlaku di sekitar Kuala Lumpur hari ini.

Hujan lebat berterusan, Kuala Lumpur dilanda tanah runtuh, pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berterusan mengakibatkan beberapa kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang berlaku di sekitar ibu negara, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima beberapa panggilan bermula pagi hingga lewat petang.

Antara kejadian yang dilaporkan adalah kejadian pokok tumbang di Jalan Ang Seng 4, Brickfields pada pukul 9.24 pagi, Jalan Langgak Golf, Taman U Thant (11.10 pagi) dan Jalan Kiara 5, Desa Kiaramas (5.45 petang).

“Lokasi tanah runtuh pula melibatkan kawasan Pangsapuri Kos Rendah Jalan Sepadu 6, Taman United pada pukul 11.02 pagi, manakala di Jalan Maarof, Bangsar pada pukul 11.20 pagi.

“Turut dilaporkan kejadian tanah runtuh di kawasan Jalan Medang Tanduk, Bukit Bandaraya, Bangsar pada pukul 3.24 petang dan Flat Sri Lempah, Lorong Jugra, Jalan Klang Lama pada pukul 4.32 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerja-kerja pemantauan, pemotongan pokok dan penyelamatan dilaksanakan oleh anggota bomba dengan bantuan Unit Kecemasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Pasukan bomba masih berada di lokasi yang memerlukan pemantauan dan sentiasa bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan yang memerlukan tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN