fbpx
Ali setia menunggu pelanggan di Pekan Tampin semalam.

‘Saya akan setia tunggu pelanggan di sini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Seorang pemandu teksi di Pekan Tampin, di sini, masih menawarkan perkhidmatan kepada penduduk biarpun hanya meraih pendapatan RM300 sebulan.

Pemandu teksi yang ingin dikenali sebagai Ali berusia 70-an berkata, hanya terdapat dua pemandu teksi di Pekan Tampin.

“Saya pun bertahan sebab kasihan dengan warga emas. Kalau pakai perkhidmatan e-hailing, mereka akan dikenakan kadar bayaran agak tinggi.

“Saya hanya caj sekitar RM5 di kawasan berhampiran Pekan Tampin atau taman-taman berdekatan.

“Malah, saya akan setia tunggu pelanggan di perhentian bas lama Tampin ini untuk hantar warga emas ini ke perhentian bas baharu yang terletak agak jauh,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurutnya, dia menjadi pemandu teksi selepas bersara sebagai penjawat awam serta ingin mengisi masa lapang dengan aktiviti yang lebih berfaedah.

Katanya, dahulu terdapat 15 pemandu teksi dan pendapatan sebelum Covid-19 sekitar RM1,500 sebulan dan selepas itu, tidak ramai lagi mahu menaiki teksi.

“Saya pernah disamun empat individu dua tahun lalu. Mereka mahu ke Jasin, Melaka. Dalam perjalanan, kepala saya diketuk dan saya ditinggalkan di ladang sawit dalam keadaan berdarah. Mereka curi duit saya lebih RM500.

“Saya kemudian keluar dari ladang sawit dan dibantu pengguna jalan raya lain sebelum membuat laporan di Balai Polis Jasin. Pelaku akhirnya berjaya ditahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN