fbpx
Tangkap layar video memaparkan keadaan Madrasah Tahfiz Riyaadul Muhsineen, Felda Bukit Aping Timur, di Kota Tinggi yang terbakar, tengah hari tadi.

Madrasah tahfiz terbakar, pelajar selamatkan diri ke kawasan lapang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Warga Madrasah Tahfiz Riyaadul Muhsineen, Felda Bukit Aping Timur di sini cemas apabila bangunan itu terbakar tengah hari tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd. Rafi Mohd. Nor berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 1.58 tengah hari dan seramai 15 anggota bersama jentera dan sebuah unit Khidmat Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kekal yang dijadikan pusat tahfiz yang terbakar 80 peratus. Api dapat dikawal pada pukul 2.58 petang, namun sehingga kini kerja-kerja pemadaman masih diteruskan di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, bantuan segera daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan disalurkan kepada tahfiz tersebut.

“Pegawai Pendidikan Islam Daerah Kota Tinggi diarah untuk membuat penilaian. Bantuan awal terutama keselamatan dan kebajikan pelajar dan guru-guru yang terjejas akan disalurkan melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ),” katanya.

Sebelum itu tular satu video berdurasi 12 saat memaparkan sebuah tahfiz di Johor terbakar dengan kepulan asap hitam dapat dilihat dari jarak jauh. Para pelajar berkumpul di kawasan lapang di tahfiz berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN