fbpx
MUHAMMAD HAZWAN dan keluarganya nekad meredah banjir menggunakan pacuan empat roda untuk keluar dari Hatyai, Thailand.

10 sekeluarga dari Melaka nekad redah banjir keluar Hatyai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sebuah keluarga dari Melaka nekad mengharungi banjir menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk keluar dari kawasan terjejas di Hatyai, Thailand selepas cuaca hujan di lokasi itu tidak menunjukkan sebarang tanda akan berhenti.

Muhammad Hazwan Zammizi, 29, berkata, dia dan sembilan ahli keluarganya yang lain membuat keputusan itu selepas pihak berkuasa tempatan membenarkan kenderaan melalui jalan di bandar berkenaan.

“Kami ambil kereta pacuan empat roda yang dibawa salah seorang ahli keluarga dan berjaya keluar dari kawasan banjir.

“Tapi masih ramai rakyat Malaysia lain yang terperangkap di sana (hotel di Hatyai),” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Katanya, mereka kini bergerak ke sempadan untuk memastikan keselamatan dan memudahkan sebarang bantuan sekiranya diperlukan.

“Kami tak tahu nak buat apa dah. Pihak berkuasa tempatan masih tidak muncul membantu memindahkan rakyat Malaysia sehingga pagi tadi,” katanya.

Terdahulu, keluarga tersebut tiba di Hatyai kelmarin dan terkandas di hotel penginapan mereka apabila kawasan sekitar bandar itu ditenggelami banjir sejak awal pagi semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN