fbpx
Mastura (dua kanan) menyerahkan bantuan kepada wakil kerajaan negeri Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Setiausaha Kerajaan Johor, Fairuzahri Jalaludin di PKRC, Stadium Tertutup MBPG, Pasir Gudang, di sini hari ini.

6,000 pegawai dan anggota Nadma, APM akan terima suntikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Lebih 6,000 anggota dan pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) di seluruh negara akan menerima suntikan vaksin bagi fasa pertama bermula 1 Mac lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd. Yazid berkata, anggota dan pegawai akan mendapat suntikan secara berperingkat dari awal Mac sehingga Mei ini.

Beliau berkata, di Johor, seramai 392 anggota dan pegawai APM menerima suntikan vaksin yang dilakukan berperingkat-peringkat.

“Bagi APM yang menerima vaksin itu hanya melibatkan anggota yang aktif sebagai petugas barisan hadapan dalam menangani Covid-19.

“Daripada segi anggota APM memang ramai tetapi kita berikan keutamaan kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI