fbpx
Pasukan kecemasan membawa kesemua mangsa ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut. - KhaoSod

9 mangsa banjir terkena renjatan elektrik  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK  – Sekurang-kurangnya seorang meninggal dunia, manakala lapan lagi cedera akibat renjatan elektrik ketika cuba memindahkan barang-barang mereka ke tempat lebih tinggi susulan banjir di Thailand, lapor portal berita Thaiger. 

Kejadian berlaku di Chaloet, wilayah Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand, baru-baru ini. 

Seramai lapan orang terkena renjatan elektrik ketika cuba menyelamatkan diri daripada paras air yang semakin meningkat di The Pracha. 

Pasukan kecemasan daripada Unit Penyelamat Siam bergegas ke tempat kejadian dan menemui empat orang tidak sedarkan diri. Mereka diberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum dibawa ke Hospital Chaloet. 

Tiga daripada mereka kemudian dipindahkan ke Hospital Maharaj Nakhon Si Thammarat untuk rawatan lanjut.

“Seorang mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami, manakala empat lagi masih tidak sedarkan diri,” kata pasukan itu. 

Beberapa pegawai tempatan berkata, insiden renjatan elektrik berlaku apabila kawasan tersebut dilanda banjir, mencetuskan bahaya terhadap rumah-rumah yang dinaiki air. 

Hujan lebat berterusan selama beberapa hari di Nakhon Si Thammarat menjejaskan 12 daerah termasuk Mueang, Cha-uat, Tha Sala, Phrom Khiri, Thung Song, Ron Phibun, Na Bon, Sichon, Chawang, Chaloem Phra Kiat, Hua Sai, dan Lan Saka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN