fbpx
Siti Norina (kiri) melawat mangsa banjir yang berlindung di PPS SK Pauh Sembilan, Bachok semalam. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI

Calon SPM terjejas banjir di Kelantan disaran pindah ke asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kelantan yang tinggal di kawasan berisiko banjir disarankan untuk tingggal di asrama bagi mengelakkan daripada terkandas sekali gus tidak dapat menduduki peperiksaan itu pada 25 November ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Siti Norina Muhamad berkata, pihaknya sudah lama meminta semua calon SPM yang terlibat agar menumpang di asrama.

Menurutnya, setakat ini, ada dalam kalangan pelajar yang akur dan berpindah ke asrama selepas melihat keadaan cuaca hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

“Sebanyak 342 sekolah di negeri ini dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) yang mampu memuatkan kapasiti mangsa seramai 162,770 orang bagi menghadapi musim banjir.

“Jumlah itu melibatkan PPS di sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, dan sekolah bantuan kerajaan yang sudah digazet bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) pada tahun ini dan 2026,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Sembilan di sini semalam.

Siti Norina memberitahu, pihaknya sudah membuat persediaan lebih awal selain sekolah yang dijadikan PPS tidak akan menganggu proses pembelajaran dan pengajaran pelajar.

Menurutnya, jumlah keseluruhan calon SPM di Kelantan pada tahun ini adalah seramai 27,361 orang dan pihaknya sentiasa memastikan semua pelajar yang berada di PPS dapat menduduki peperiksaan di sekolah masing-masing dengan baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN