KULIM – Sekurang-kurangnya lima kampung di mukim Sungai Seluang di sini dilanda banjir sejak malam tadi dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, lima kampung terjejas ialah Kampung Siam, Kampung Titi Tok Aris, Kampung Sarang Ayam, Kampung Padang Cina dan Kampung Paya Serdang.
“Terdapat sejumlah mangsa telah dipindahkan ke PPS Masjid Al-Muhtadin yang dibuka pada pukul 11.15 malam.
“Operasi menyelamat mangsa terperangkap di Kampung Paya Serdang juga dilakukan malam tadi,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE















