PELAKON Elisya Sandha baru-baru ini berkongsi luahan tentang kehidupannya sebagai ibu kepada dua cahaya mata.
Kata Elisya, dia masih tidak percaya sudah bergelar ibu, namun bersyukur kehadiran dua cahaya mata menyempurnakan kehidupannya.
“Macam tidak percaya pada umur saya, 26 tahun sudah ada dua anak.
“Sejujurnya, kehidupan saya dipenuhi dengan rasa syukur walaupun ada anak ini kadang-kadang macam-macam kita tak boleh nak buat.
“Tapi ada mereka dalam hidup buat saya rasa lengkap. Syahdu mak-mak sudah datang,” katanya.
Diva pula rasa syahdu. Semoga yang baik-baik untuk Elisya dan keluarga ya.
DIVA: Suka tengok konten Elisya memasak, nampak sedap saja.















