KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) menawarkan enam teras utama manifesto pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah dikenali Rancangan Pembangunan Sabah 1 (RPS1) itu meliputi aspek kehidupan rakyat.
Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, RPS1 merangkumi kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan hidup untuk rakyat serta wanita tiang seri negara dan anak muda pemangkin perubahan.
”Selain itu, aspek pendidikan berkualiti untuk semua demi masa depan terjamin dan transformasi politik dan tadbir urus perkhidmatan awam ke arah masyarakat berintegriti juga menjadi antara penekanan BN pada PRN kali ini.
”Parti juga menekankan masyarakat sihat, sejahtera dan negeri berkebajikan selain memberi tumpuan kepada kelestarian sumber,” katanya ketika berucap pada Pelancaran RPS1 di bangunan UMNO pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Salleh menyatakan BN akan menubuhkan Dana Kemakmuran Negeri Sabah sebagai simpanan dan pelaburan jangka panjang secara strategik demi kemakmuran dan generasi masa depan rakyat Sabah.
Menurutnya, BN turut menawarkan pembinaan Rumah Sabahku iaitu rumah mampu milik sebagai rumah pertama untuk rakyat sebanyak 15,000 buah setahun selain Dana Khas Baik Pulih Rumah untuk membantu mangsa bencana alam dengan kos maksimum sehingga RM10,000 bagi setiap penerima.
”Kita bukan hanya Prihatin terhadap orang dewasa, tapi juga merangkumi bayi di mana bayi yang lahir mula 1 Januari 2026 akan menerima Pelaburan Saham Anak Sabah (ANAS) sebanyak RM1,000 sebagai persediaan kewangan masa depan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Manifesto BN: 15,000 rumah mampu milik dibina setahun
- Oleh IVAN AMIRUL
- 22 November 2025, 4:16 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Bangunan runtuh: Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia di Filipina
26 Mei 2026, 9:31 am

Henti politik serang-menyerang di media
24 Mei 2026, 9:44 pm

Ternak ayam, tanam cili bantu jimat belanja dapur
24 Mei 2026, 4:52 pm

GSF 2.0: Paru-paru bocor, Razman perlu dirawat lebih 2 minggu di Istanbul
24 Mei 2026, 3:53 pm

Malaysia tidak boleh selesa dengan prestasi ekonomi semasa – Anwar
22 Mei 2026, 10:06 pm

PRN: Apa sahaja keputusan, kita pulangkan semula mandat kepada rakyat – Mohamad
22 Mei 2026, 1:29 pm

Gaji cuma singgah
22 Mei 2026, 10:57 am

BN, GPS dan GRS komited kekal sokong kerajaan hingga tamat penggal
20 Mei 2026, 4:06 pm






