fbpx
Gambar hiasan.

50 peratus tolak tawaran haji bukan jemaah semasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan laporan mengenai 50 peratus penolakan tawaran haji merujuk kepada musim lalu dan bukannya musim semasa.

Menurut TH, analisis musim haji 1446H/2025M mendapati ramai bakal jemaah terpaksa menolak tawaran kerana simpanan tidak mencukupi.

“Bagi mengelakkan isu sama berulang, TH mengambil langkah proaktif dengan menghantar peringatan berkala seawal Ogos lalu kepada semua bakal jemaah musim 1447H/2026M supaya membuat persediaan dari segi kewangan, kesihatan dan ilmu haji.

“Usaha itu yang sebahagian daripada inisiatif peremajaan jenama TH, menunjukkan hasil positif apabila kadar penolakan tawaran haji tahun ini dilihat lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya,” jelas TH dalam satu kenyataan.

Tambah agensi tersebut lagi, tawaran haji juga masih dikeluarkan secara berperingkat ketika ini.

TH mengulangi syarat simpanan minimum RM15,000 bagi melayakkan bakal jemaah menerima tawaran atau membuat rayuan haji, selain menggalakkan mereka menabung secara konsisten dan menjaga kesihatan sebagai persiapan menunaikan rukun Islam kelima.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN