fbpx
Anwar tiba di Johannesburg, Afrika Selatan hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak G20.

Anwar tiba di Johannesburg hadiri Sidang Kemuncak G20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Johannesburg, Afrika Selatan hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak G20.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kehadiran beliau pada persidangan tersebut adalah atas jemputan Presiden Matamela Cyril Ramaphosa.

“Undangan ini menggambarkan komitmen Afrika Selatan untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia.

“Berteraskan persahabatan, rasa saling menghormati dan aspirasi bersama sebagai Negara-Negara Selatan (Global South),” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Anwar berkata, penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20 kali ini membuka ruang penting untuk beliau berkongsi aspirasi serta pencapaian selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Menurut beliau, Sidang Kemuncak G20 turut membuka peluang kepada Malaysia menyuarakan isu mendesak yang memberi kesan kepada rantau dan dunia.

Justeru, katanya, beliau menaruh keyakinan bahawa kehadiran Malaysia di Johannesburg bukan sekadar untuk menghadiri persidangan.

“Sebaliknya cerminan tekad kita untuk memperkukuh solidariti Global South di samping meneroka kerjasama yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang strategik demi manfaat bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI