fbpx
GAMBAR HIASAN

Anak 11 tahun buat permintaan nak kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Masih kecil, tapi dah mula bercakap soal kahwin. Pening aku dengan papa dia nak menjawab.”

Itulah situasi yang dilalui seorang ibu apabila anak lelakinya yang baru berusia 11 tahun membuat permintaan untuk berkahwin, hanya kerana ingin bersalaman dengan kawan perempuan.

Menerusi perkongsian wanita itu di X, insiden tersebut berlaku selepas anaknya pulang dari sekolah dengan wajah serius mengatakan hasrat untuk segera berkahwin dengan rakan sekelasnya.

“Anak cakap, kawan girl (perempuan) dia kata nak salam kena kahwin dulu. Patut balik sekolah tak sempat salam, turun sahaja dari van terus berlari tanya saya kalau nak kahwin nak buat macam mana. Saya hampir tergelak, tapi pada masa sama terkejut juga,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai termasuk ada yang membuka ruang perbincangan mengenai persepsi kanak-kanak terhadap hubungan serta batas interaksi dengan rakan sekelas.

“Mungkin di rumah, atau di drama mereka nampak lelaki dan wanita bersalam, ibu bapanya bersalam tanpa mereka tahu siapa kategori yang dibenarkan bersalam dan bersentuhan. Ibu bapa, guru-guru main peranan ajar dan terangkan buat anak-anak kecil ini,” kata Fetty.

“Awal sangat dik kau nak kahwin. Yang si kawan tu pula pandai kau sakat dia. Faham, mungkin maksud anak perempuan itu kena ada pertalian sah baru boleh bersentuhan, tapi ia mungkin beri kefahaman berbeza untuk anak lelaki tersebut,” komen Sya Sya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI