fbpx
KEJADIAN melibatkan seorang lelaki yabg maut ditembak di sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan di sini malam tadi. FOTO : NOR SHAFAWATI YUP.

Mangsa tembak di restoran ada 42 rekod jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang lelaki yang mempunyai 42 rekod jenayah maut selepas dipercayai ditembak suspek berpelitup muka dalam kejadian di sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan di sini malam semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa berusia 33 tahun mempunyai rekod jenayah atas pelbagai kesalahan termasuk kes samun, mendatangkan kecederaan dan pecah rumah.

“Polis kini sedang giat memburu kesemua suspek dan mengesan kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kejadian ini. Motif kejadian dan identiti kesemua suspek juga masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Alzafny, mangsa telah datang ke restoran berhampiran tempat kejadian bersama keluarga untuk makan malam.

Bagaimanapun, beliau berkata, ketika mangsa sedang menuju ke kenderaan, beberapa buah kereta yang dinaiki enam suspek berpelitup muka telah menghalang kereta mangsa.

“Suspek yang disyaki bersenjatakan pistol dan parang telah keluar dan menyerang mangsa.

“Mangsa cuba melarikan diri ke arah jalan raya, namun suspek terus mengejar mangsa dan melepaskan tembakan diikuti serangan menggunakan parang sehingga mangsa mengalami kecederaan parah,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI