SEREMBAN – Seorang lelaki yang sedang menjamu selera di sebuah restoran maut selepas dipercayai ditembak dalam kejadian di Nusari Biz Sendayan di sini malam tadi.
Situasi menjadi panik apabila mangsa dilihat berlari ke seberang jalan dan orang awam turut mendengar bunyi tembakan sebelum mangsa dilihat rebah.
Orang awam yang enggan dikenali ketika ditemui di lokasi kejadian pada pukul 1 pagi berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan sedang makan sebelum didatangi dua kenderaan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 11.23 malam.
“Anggota polis yang bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban telah terima penggilan MERS 999 daripada sorang lelaki memaklumkan satu kes bunuh telah berlaku di sebuah restoran di Semdayan.
*Kes masih dalam siasatan pihak polis dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan,” katanya.
Difahamkan, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad akan memberi kenyataan berhubungan kejadian bunuh itu dalam masa terdekat.-KOSMO! ONLINE















