fbpx
Bedah siasat dijalankan di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, pagi tadi. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

Bayi perempuan usia lima bulan maut tersedak susu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seorang bayi perempuan berusia empat bulan maut dipercayai tersedak susu ketika diberikan susu ibunya dalam kejadian di Kampung Sebarang Batu Hampar, di sini, malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, berdasarkan siasatan awal, kira-kira pukul 7.15 malam, ibu mangsa berusia lingkungan 20an telah menyusukan mangsa di atas tilam dalam bilik tidur.

Menurutnya, kira-kira pukul 8.30 malam, si ibu telah pergi semula ke bilik tidur tersebut dan mendapati si mati tidak bergerak apabila cuba dikejutkan.

“Kemudian si ibu telah minta bantuan kakak ipar pengadu yang tinggal berjiran untuk bantuan dan prosedur resusitasi kardio-pulmonari telah dilakukan namun tetap gagal selain menghubungi talian 999 untuk bantuan.

“Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Rembau dan diberi bantuan penafasan selama 30 minit, namun pada pukul 9.55 malam doktor mengesahkan anaknya telah meninggal dunia,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ujar Azmi lagi, bedah siasat telah dijalankan oleh doktor pada pagi tadi, namun punca kematian belum dapat ditentukan dan perlu menjalani beberapa ujian makmal.

Bagaimanapun menurutnya, siasatan pihak polis mendapati tiada berlaku unsur jenayah dan kes disiasat di bawah kematian mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN