fbpx
Noor Sham menyempurnakan pelepasan konvoi Charity Drive to Phuket di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini

Latihan TVET diperluas kepada belia autistik melalui konvoi amal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pembangunan dan latihan kepada kanak-kanak dan belia autistik mampu membekalkan kemahiran berdikari termasuk menjana pendapatan sendiri dan berintegrasi bersama komuniti.

Usaha itu diperluas melalui penganjuran program amal Charity Drive to Phuket anjuran Yayasan Pengaman Malaysia bersama British Graduate Association of Malaysia (BGAM).

Timbalan Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia, Tan Sri Hussin Ismail berkata, seramai 32 peserta menaiki lapan kenderaan akan memulakan perjalanan menuju Phuket, Thailand, sambil melawat beberapa institusi berkaitan autisme di Perak dan Perlis bagi sesi libat urus.

Menurutnya, lawatan ke Perlis amat signifikan kerana institusi di negeri itu menyediakan latihan kepada pelajar berusia 15 hingga 21 tahun dengan penekanan terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Kami amat menantikan lawatan ke Perlis kerana selain mendidik kanak-kanak kecil, institusi tersebut turut menawarkan latihan profesional selepas umur sembilan atau 12 tahun sebagai persediaan masa depan.

“Kerjasama ini diharap mendapat sokongan masyarakat bagi menggalakkan lebih ramai pihak tampil menyumbang kepada keperluan anak-anak autistik,” katanya selepas majlis pelepasan konvoi di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) di sini hari ini.

Turut hadir, Komander Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noor Sham Md Jani.

Mengenai operasi Pusat Jagaan Autisme PDRM, Hussin memaklumkan ia mempunyai 50 pelajar dimana majoritinya anak-anak anggota PDRM dengan 18 tenaga pengajar bertauliah.

Sementara itu, Presiden BGAM, Datuk Kamarudin Md Ali berkata, kerjasama antara BGAM dan Pusat Autisme PDRM akan diteruskan selama tiga bulan sehingga tahun hadapan.

“Dalam konvoi amal ini, kami turut ingin memperkenalkan semula Dana Pendidikan BGAM yang dinamakan Dana Pendidikan BGAM Tun Hanif Omar

“Nama beliau digunakan sebagai tanda penghormatan sebagai Mantan Presiden kami yang meninggal dunia tahun lalu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN