fbpx
Tangkap layar video TikTok Yatie Yazid memperlihatkan gelagat panda gergasi berlari-lari di dalam kurungan sebaik tiba di Pusat Konservasi Giant Panda di Zoo Negara, malam tadi.

[VIDEO] ‘Baru masuk kandang, aktif sangat berlari-lari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat comel panda gergasi berlari-lari di dalam sangkar sebaik tiba di Pusat Konservasi Giant Panda di Zoo Negara, mengundang keterujaan orang ramai apabila mereka tidak sabar untuk melihat sendiri dua haiwan tersebut.

Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok Yatie Yazid memperlihatkan, dua panda gergasi Chen Xing (jantan) dan Xiao Yue (betina) dibawa menggunakan kenderaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ke Zoo Negara sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Apabila kedua-dua pasangan panda gergasi itu dimasukkan ke kurungan di dalam Pusat Konservasi Giant di Zoo Negara, ia dilihat berlari-lari seolah-olah sedang meneroka tempat baharu.

Video tular itu kemudian mendapat perhatian pengguna media sosial yang terhibur dengan gelagat Chen Xing dan Xiao Yue.

“Baru masuk kandang baharu, sangat aktif. Comelnya,” komen pengguna TikTok Gwenwie.

“Gembiralah masuk rumah baharu di Zoo Negara, siap berlari. Panda pun tahu tenang dan gembira tinggal di Zoo Negara Malaysia,” kata Laila Kasih.

“Tak pandai penat, nanti tahulah ‘daddy’ (penjaga) semua layan. Aktif semacam,” kata Ummi72.

Kosmo! melaporkan, sepasang panda gergasi baharu bernama Chen Xing (jantan) dan Xiao Yue (betina) dari Republik Rakyat China selamat mendarat di KLIA pada pukul 8:30 malam tadi.

“Chen Xing dan Xiao Yue akan menjalani tempoh kuarantin wajib selama satu bulan di bawah pengawasan rapi pasukan doktor haiwan dan penjaga yang berpengalaman sebelum ditunjukkan kepada orang ramai,” kata NRES. – KOSMO! ONLINE

@yatieyazid 18.11.2025 Chen Xing Dan Xiao Yue Selamat sampai di Zoo Negara Malaysia 🇲🇾🐼🐼 #BintangBulan⭐🌙 #NewPanda #Zoonegaramalaysia #Mogahappyditempatbaru ♬ Happy – Audiodeity

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI