fbpx
Foto ihsan Malaysia NT

Cklamovski bangga dengan pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski teruja dengan aksi anak buahnya selepas menewaskan Nepal 1-0 dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Tanpa menghiraukan apa yang berlaku luar padang, Cklamovski menegaskan fokus sekarang adalah untuk memastikan tiga mata penuh bagi menutup tirai tahun ini dengan rekod tanpa kalah.

“Saya berbangga dapat mengendalikan pasukan ini. Setiap hari mereka memberikan saya inspirasi, sebagai pemain dan sebagai sebuah pasukan.

“Kami beraksi dengan penuh tumpuan malam ini dan itu membantu kami meraih tiga mata untuk negara. Sudah tentu kami mahukan lebih jaringan, kami mencipta beberapa peluang baik dan saya percaya kami layak untuk raih kemenangan ini.

“Kami menamatkan 2025 tanpa kalah dan saya dimaklumkan ia sesuatu yang sudah lama tidak berlaku. Mungkin 30 atau 40 tahun. Ini menunjukkan pasukan ini istimewa dan saya amat berbangga dengan mereka,” katanya.

Harimau Malaya memulakan perlawanan dengan kurang baik apabila kehilangan tonggak utama, Arif Aiman Hanapi dan digantikan oleh Faisal Halim.

Faisal pantas membalas kepercayaan apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-55. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN