KUALA LUMPUR – Pasangan panda gergasi dari China, Chen Xing dan Xiao Yue dijadualkan tiba di Zoo Negara sekitar pukul 9.30 malam ini.
Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Datuk Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata, pasangan panda itu berusia lima tahun dan akan ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo negara bagi tempoh 10 tahun
“Setibanya di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pasangan panda itu akan dibawa ke Zoo Negara.
“Persiapan di Pusat Konservasi Panda Gergasi juga telah dilakukan dua minggu awal bagi menyambut kedatangan Chen Xing dan Xiao Yue,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Menurut Rosly, pasangan panda itu akan melalui tempoh kuarantin terlebih dahulu sebelum dibuka kepada kunjungan orang ramai.
Terdahulu, media melaporkan penerbangan khas yang membawa pasangan panda itu dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Baiyun, Sichuan pada pukul 3.45 petang.
Tempoh penerbangan dianggarkan selama empat jam 15 minit untuk tiba di KLIA. – KOSMO! ONLINE














