fbpx
Nepal yang turun selaku pasukan tuan rumah pastinya mahu memburu mata sulung pada kempen kali ini selepas mengalami kekalahan dalam empat perlawanan awal peringkat Kumpulan F. - Foto ihsan FA Nepal

Nepal enggan termakan jerat Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETIADAAN tujuh pemain warisan tidak memberi kesan besar buat Harimau Malaya dan dijangka mampu membuatkan Nepal berdepan tugas mencabar pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Kapten Nepal, Kiran Kumar Limbu mahu semua rakannya kekal waspada dengan ancaman Malaysia, namun mengakui mereka sudah mendapat gambaran jelas tentang apa yang perlu dilakukan.

“Berdasarkan pengalaman saya pada perlawanan pertama, kami berjuang dengan baik, namun kesilapan membuatkan kami dihukum. Jadi, sudah pasti kami tidak mahu ulangi kesilapan sama pada perlawanan kali ini.

“Sebelum ini Malaysia ada tujuh pemain warisan dan mereka lebih kuat. Tetapi, tanpa mereka (pemain warisan) saya tetap merasakan pemain tempatan Malaysia masih ada kualiti, malah liga di sini juga masih lagi berjalan.

“Saya menghormati semua orang, tetapi pada akhirnya kami sendiri kena bersedia. Kami mendapat peluang lakukan persediaan dengan harungi perlawanan persahabatan, jadi sekarang kami tahu apa perkara positif dan negatif dalam pasukan kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI