fbpx
Tangkap layar hantaran video di Threads oleh @ariesya.yasmin

[VIDEO] ‘Siap bersalam lagi dengan semua makmum’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak perempuan menunaikan solat bersama bapanya dengan membawa beberapa anak patung sebagai ‘jemaah’ menarik perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video di Threads oleh @ariesya.yasmin, kanak-kanak itu bukan sahaja meminta izin untuk menunaikan solat berjemaah bersama bapanya, tetapi turut mengajak ‘kawan-kawan’ untuk turut ikut serta.

“Rupanya dia bawa kawan-kawan sekali. Ramai jemaah abi. Yang abi pun siap suruh salam sekali. Macam-macam akal anak solehah ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang turut terhibur dengan gelagat comel kanak-kanak terbabit.

“Ayahnya pun siap ikut watak lagi. Salam dengan semua ‘makmum’,” komen Asikin Ahmad.

“Nasib baik dia tidak suruh wudukkan kawan-kawan dia,” kata @fasyamoya

“Akak tengok betul-betul entah-entah ayahnya yang suruh bawa kawan-kawan itu,” komen Fais Mansuar. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI