fbpx
kampung boy
Sultan Nazrin bergambar dengan pelakon dan produksi Teater Datuk Lat-Kampung Boy di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak di Ipoh semalam.

Pementasan teater penghargaan khas kepada Datuk Lat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Pementasan teater Datuk Lat-Kampung Boy selama tiga hari bermula Jumaat hingga semalam di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak di sini merupakan satu penghormatan khas kepada Penerima Anugerah Seniman Negara ke-9, Datuk Mohammad Nor Mohammad Khalid.

Menurut Ketua Pengarah JKKN, Mohd. Amran Mohd. Haris, Datuk Lat merupakan ikon negara yang berjaya membawa budaya dan identiti Malaysia ke persada antarabangsa.

“Pementasan karya tersebut merupakan satu kebanggaan besar kepada negeri Perak. Karya teater berasaskan komik realisme itu bukan sekadar mengangkat tokoh seni tersohor malah membawa nilai seni yang tinggi melalui penterjemahan visual yang dekat dengan jiwa masyarakat.

“Kami berharap karya ini menjadi medium penting untuk menyemai nilai budaya dalam kalangan penonton selaras aspirasi Malaysia Madani,” katanya selepas pementasan teater itu di sini semalam.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan berangkat menonton pementasan teater berdurasi sejam dan 45 minit yang menampilkan pelakon hebat serta versatil seperti Taiyuddin Bakar, Safura Ya’cob dan Ilya Senario itu diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Katanya, JKKN berbesar hati menyediakan platform berskala besar itu bagi memperkukuh kegiatan teater dan membangunkan khalayak baharu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI