SHAH ALAM – Pastinya ramai yang sedang membuat perancangan untuk bercuti bersama keluarga semasa cuti sekolah bulan depan selain ibu bapa juga mencari ruang untuk bercuti untuk menghabiskan cuti tahunan masing-masing.
Buat mereka yang suka pada percutian singkat dan sekadar mahu berstaycation di dalam kawasan Lembah Klang serta mahu mencari destinasi yang cukup dengan pelbagai tempat menarik untuk memenuhi kehendak anak-anak kecil, anak remaja, isteri dan ibu selain para suami, Doubletree by Hilton Shah Alam i-City adalah pilihan terbaik.
Segalanya ada di situ tanpa perlu memandu jauh di luar Kuala Lumpur dan mudah diakses dengan pelbagai lebuh raya utama membolehkan pelanggan tidak perlu berbelanja lebih dalam kos perjalanan.

Sehubungan itu, bajet tersebut dapat dialihkan untuk tujuan menikmati makan malam secara buffet bersama keluarga pada hujung minggu di Makan Kitchen atau menjamu selera di Tosca Trattoria Italiana (Tosca).
Makan Kitchen mampu memenuhi selera pengunjung untuk menikmati makanan pelbagai daripada tradisional, Melayu, Barat, Cina dan India lengkap daripada pembuka selera hingga ke pemanis mulut manakala Tosca pula adalah untuk peminat makanan Itali tidak harus melepaskan peluang menikmati pelbagai tawaran menu di restoran berkenaan.
Biasanya penginapan di hotel lima bintang ini tidak lengkap jika tidak menjamu selera bufet sarapan paginya yang bermula seawal 6 pagi hingga 11 pagi membuatkan ramai yang teruja menyusun waktu sesuai untuk bersarapan pagi bersama keluarga dan orang tersayang.
Selain di Makan Kitchen, terdapat dua lagi lokasi yang bersesuaian dengan sesi pertemuan tetamu atau sekadar mahu berihat menikmati secawan kopi The Koffee atau Axis Lounge.

Pastinya di mana sahaja anda berada, anda tidak akan berasa kesunyian kerana ada sahaja kakitangan hotel yang menyapa yang bersedia membantu, layanan mesra mereka membuatkan diri rasa selesa dan dihargai meskipun menginap hanya untuk semalaman.
Bagi golongan wanita yang mahu memanjakan diri selepas lelah dengan urusan kerja di rumah, pejabat atau berniaga, pastinya Eforea Spa dengan pelbagai tawaran pakej spa mengikut keperluan kesihatan masing-masing dengan bajet yang mampu milik, sangat berbaloi dengan khidmat daripada ahli terapi yang berpengalaman.
Bermula daripada sesi daftar masuk dengan diberikan cookies coklat yang harum dan panas, tetamu akan ditempatkan di bilik masing-masing mengikut kategori bilik yang dipilih, pastinya bilik yang menghadap ke taman tema i-City menjadi pilihan semua.

Pemandangan daripada aras bilik terbuka luas melihat permainan di taman tema dengan lampu-lampu berwarna-warni pada waktu malam membuatkan kita ralit dan khusyuk sehingga lupa detik jam berlalu begitu pantas sekali sehingga taman tema tersebut tutup operasi.
Lebih menarik di hotel ini, sekiranya tetamu mahu menyambut hari ulangtahun kelahiran atau perkahwinan buat ahli keluarga atau orang tersayang, pihak hotel sedia membantu merealisasikan kejutan tersebut sehinggakan ada yang mengalir air mata terharu dengan momen sambutan tersebut.
Pastinya pengalaman manis itu akan membuatkan mereka bakal kembali lagi ke Doubletree by Hilton Shah Alam i-City selepas ini malah pastinya akan mendaftar sebagai ahli Hilton Honors untuk menikmati pelbagai faedah diskaun dan promosi menarik. -KOSMO! ONLINE















