fbpx
Kejadian kebakaran di SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi (kiri) dan SBP Integrasi Sungai Lang, Sabak Bernam (kanan) hari ini.

KPM baik pulih sekolah terbakar, siasat segera punca kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan segera membaik pulih institusi pendidikan yang terjejas ekoran beberapa insiden termasuk kebakaran yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tiga dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Sungai Lang di Selangor hari ini.

KPM dalam satu kenyataan berkata, tindakan segera turut diambil untuk menyiasat punca kejadian di beberapa institusi pendidikan yang terlibat.

“KPM prihatin terhadap beberapa insiden kebakaran melibatkan institusi pendidikan seperti yang terjadi di Sekolah Kebangsaan Padang Melangit, Perlis pada Khamis serta SMK Jalan Tiga dan SBPI Sungai Lang, Selangor hari ini.
“Tindakan segera diambil untuk menyiasat punca kejadian dan melakukan penilaian kerosakan terhadap infrastruktur sekolah yang terjejas. Kerja baik pulih akan dilaksanakan segera,” katanya di sini hari ini.

Pada masa sama, KPM turut mengingatkan semua pentadbir sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri untuk memastikan fasiliti sekolah berada
dalam keadaan selamat.

“Aspek keselamatan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah perlu diberi keutamaan,” katanya.

Semalam, seorang pekerja pembersihan cedera dengan melecur 30 peratus pada badan selepas satu blok sekolah terbakar di SK Padang Melangit di Perlis.

Manakala, suasana pembelajaran di SBPI Sungai Lang turut kecoh seketika selepas bilik guru displin terbakar dalam kejadian pagi ini.

Kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Kebakaran itu melibatkan bilik guru di tingkat bawah bangunan kelas A dengan keluasan anggaran 8 X 10 kaki persegi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN