fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat, angin kencang landa 9 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang melanda sembilan negeri sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Perak melibatkan Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Amaran ribut petir dijangka berlaku di Pahang melibatkan daerah Kuantan, manakala di Selangor melibatkan daerah Sabak Bernam, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau dan Johor di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia berkata amaran ribut petir diramal di Sarawak melibatkan Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song) dan Limbang (Lawas).

Turut terlibat adalah seluruh Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN