fbpx
CKLAMOVSKI mengakui tidak terganggu dengan jerat psikologi Nepal yang membuat perubahan jurulatih untuk aksi kali ini.

Cklamovski enggan ‘ambil pusing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Harimau Malaya, Peter Cklamovski tidak mahu ambil peduli tentang kejutan yang bakal dibawa Nepal pada aksi timbal balik pusingan kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

Sebaliknya, keutamaan sekarang adalah memastikan seluruh pemain negara mampu mengharungi persiapan dengan baik dan bukannya terlalu menumpukan kepada apa pendekatan bakal dimainkan oleh Nepal di bawah kendalian pengendali baharu, Hari Khadka yang menggantikan Matt Ross.

“Apa juga mereka lakukan, bagaimana senarai pemain mereka dan cara permainan yang bakal diterapkan, kami sendiri kena bersedia dengan cara kami sendiri. Kami akan tentukan apa yang kami mahukan dan bagaimana kami akan bermain.

“Sekali lagi saya tegaskan, kami akan beri fokus untuk pastikan kami berada pada tahap terbaik untuk hadapi perlawanan ini,” katanya yang turut hadapi Nepal pada tugasan pertamanya dengan Harimau Malaya, Mac lalu.

Sebelum ini, Cklamovski sudah menyatakan pendiriannya iaitu lebih berminat untuk mencari ‘penawar’ kepada kegelisahan peminat bola sepak Malaysia yang kini dipalit dengan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan.

Sebagai individu bergelar jurulatih, Cklamovski menjelaskan skop tugasannya terhad kepada menyediakan pasukan terbaik, menyediakan pelan tepat bagi memastikan keputusan positif mampu dicapai

Cklamovski tetap bercita-cita untuk menamatkan tahun ini dengan cerita lebih baik berbanding terlalu menumpukan kepada hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN