fbpx
Tangkap layar kejadian yang dikatakan berlaku di KLIA.

[VIDEO] Pelancong mengamuk tidak diberitahu beli burger daging lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pelancong wanita dari India berang apabila tidak dimaklumkan burger yang dibeli di sebuah restoran terkenal menggunakan daging lembu.

Kejadian dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu tular di media sosial.

Dikatakan pelancong wanita itu sempat menghempas burger tersebut ke lantai sebelum memarahi pekerja restoran terbabit.

Menerusi klip video yang tersebar di TikTok, pelancong tersebut bersama pasangannya agak kecewa apabila tidak diberitahu mengenai daging lembu yang diberi kepadanya.

“Kenapa tidak bagitahu ini ada daging lembu, saya sangkakan hanya ada sayur, saya tidak boleh makan daging,” jelas pelancong tersebut sambil menangis.

Namun, kakitangan restoran makanan segera tersebut bertindak menenangkan keadaan yang tiba-tiba bertukar kecoh.

“Memang kebiasaan ada daging, kami bukan sengaja. Menu memang begitu,” jelas pekerja tersebut.

Rata-rata orang ramai juga menasihatkan agar pelancong sepatutnya bertanya terlebih dahulu sebelum membuat pesanan.

“Kalau restoran dah tunjuk menu, siap ada gambar dan tulisan lagi. Kenapa pula nak jadi masalah macam ini,” kata Ashraf Razali.

“Lain kali elok tanya dulu, jarang lah Malaysia bagi sayur sahaja dalam burger, kecuali dalam stadium sahaja,” kata Anwar Daud.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI