fbpx
Pasukan PGA menunjukkan rokok seludup yang dirampas bersama kereta mewah jenis Mercedes-Benz yang digunakan penyeludup selepas sidang akhbar di Batu Pahat, Johor pada tahun lalu.

Kereta ‘piang’ mewah seludup rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Rangkaian penyeludup rokok kini lebih licik apabila menggunakan kende­raan mewah seperti BMW, Mercedes-Benz, Toyota Alphard dan Vellfire dalam proses penghantaran rokok di seluruh negara bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Sindiket terbabit menggunakan kereta ‘piang’ mewah iaitu i­stilah bagi kenderaan yang sedang dalam proses ditarik pihak bank kerana gagal membayar ansuran bulanan.

Komander Briged Tengah Pa­sukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, kegiatan haram rangkaian terbabit terbongkar hasil operasi yang dijalankan pihaknya di seluruh negara pada tahun 2019 dan 2020.

Menurutnya, kereta mewah yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu menjadi pilihan sindiket bagi mempercepatkan proses penghantaran rokok.

“Kereta mewah ini mempunyai enjin berkuasa tinggi serta boleh dimuatkan dengan jumlah karton rokok yang banyak bagi kenderaan pelbagai guna selain sukar dikesan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Muhammad memberitahu, siasatan awal mendapati, kegia­tan penyeludupan rokok itu dilakukan secara sistematik dengan sentiasa mengkaji kaedah kemasukan rokok tidak bercukai di dalam negara dan laluan yang akan digunakan mereka.

“Sindiket ini membayar upah seludup rokok kepada transporter kenderaan mewah sehingga RM1,000 untuk sekali penghantaran.

“Mereka juga menggunakan kereta biasa seperti Proton Wira dan upah transporter sehingga RM500 bagi setiap perjalanan. Kereta ini biasanya digunakan untuk penyeludupan dan pengedaran di kawasan kampung atau luar bandar,” ujarnya.

Menurutnya, pasaran sindiket terbabit pula di kedai-kedai runcit yang dikendalikan warga asing di kawasan perumahan penduduk berpendapatan sederhana kerana rokok seludup lebih menjadi pilihan mereka.

“Dalam tempoh 2019 hingga 2020, PGA berjaya menangkap 68 transporter dengan tiga daripadanya adalah wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun. Rata-rata mereka telah bergerak aktif lebih 10 tahun.

“Selain itu, PGA telah me­rampas 23.1 juta batang rokok seludup dengan nilai termasuk cukai RM24.5 juta.

“Ada beberapa jenama rokok yang cukup popular dari negara jiran yang paling tinggi disita,” ujarnya.

Muhammad berkata, lokasi pendaratan rokok seludup yang popular di Selangor di Klang dan Banting, manakala Johor melibatkan Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

“Lokasi ini dipilih kerana rangkaian mereka ramai selain banyak stor sementara di situ.

“Stor mereka adalah rumah-rumah atau gudang yang boleh disewa pada kadar yang murah. Setakat ini, tiada rumah mewah digunakan kerana kos sewa yang mahal,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN