fbpx
Meng Kheng

Kwek Meng Kheng dikesan kes perbicaraan di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen (JIM) memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang individu bagi tujuan perbicaraan di mahkamah melibatkan kes pendakwaan di bawah Akta Pasport 1966 dan Akta Imigresen 1959/63.

JIM dalam kenyataan berkata, individu yang dikehendaki itu dikenali sebagai Kwek Meng Kheng, 38, dengan alamat terakhir di Taman Rasmi Jaya, Ampang.

Sehubungan itu, JIM memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu berkenaan untuk menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Ella Fazlina Mat Misiah, Cawangan Siasatan Khas (USK 5), Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat JIM di Putrajaya.
Maklumat boleh disalurkan melalui talian 03-8880 1211 pada waktu pejabat atau Bilik Gerakan di 03-8880 1555 selepas waktu pejabat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN