fbpx
Shazeli ketika sidang akhbar di IPK Selangor, Shah Alam hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

Pengasas eHATI antara dua individu dikenakan waran tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Dua termasuk pengasas eHATI kini dikehendaki polis selepas waran tangkap dikeluarkan terhadap mereka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, ini selepas kedua-duanya gagal hadir sewaktu pertuduhan hendak dilaksanakan di mahkamah.

“Saya sahkan, memang ada dua waran tangkap dikeluarkan ke atas dua individu termasuk pengasas eHATI.
“Ini kerana kegagalan untuk hadir pada mahkamah sewaktu pertuduhan hendak dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kedua-dua yang dikehendaki tersebut telah melarikan ke lokasi mana.

“Itu saya tidak kongsikan sebab kita sedang berusaha mencarinya,” katanya.

Kosmo! difahamkan pengasas dan seorang individu yang dikenakan waran tangkap itu sepatutnya didakwa pada 14 Oktober lalu bersama pasangan suami yang juga doktor kesihatan dan kecantikan.

Sebelum ini, polis mendedahkan seramai 95 individu telah dipanggil keterangan berhubung penganjuran motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15 di sini, pada September tahun lalu.

Siasatan polis turut mendapati berlaku adegan bogel dalam acara Queen’s Night dalam penganjuran itu melibatkan empat individu yang merupakan fasilator bagi program tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI