fbpx
Antara barangan dirampas JAIP yang didakwa berkaitan dengan ajaran sesat di Jerantut.

Ajaran sesat jamak solat fardu dua rakaat seumur hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Solat jamak fardu dua rakaat untuk seumur hidup dan menggunakan objek seperti tongkat, kain kuning dan kain hitam yang didakwa boleh memberi kekayaan.

Itu antara amalan yang dipercayai dilakukan kumpulan ajaran sesat ‘Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi’ di Jerantut yang dibongkarkan pihak berkuasa agama Pahang kelmarin.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman berkata, susulan itu pihaknya menahan ketua kumpulan tersebut berusia 45 tahun dan tujuh pengikutnya dalam serbuan di sebuah bekas gudang perabot di Kampung Sungai Putat, Pulau Tawar kelmarin.

Katanya, dalam serbuan pukul 2.30 petang itu, pelbagai dokumen dipercayai bertentangan dengan ajaran dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan barangan dipercayai berunsur khurafat dirampas seperti tongkat, ikatan kain kuning dan kain hitam yang didakwa boleh memberi kekayaan.

“Turut dirampas batu dililit kain kuning, kertas bertulis cara niat solat jamak fardu seumur hidup, nota lafaz selawat dan ikrar meragukan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, kesemua rampasan itu akan dirujuk kepada Jabatan Mufti Pahang untuk penelitian dan siasatan lanjut. Setakat ini JAIP masih mengesan jumlah pengikut dan sejak bila ajaran tersebut diperkenalkan.

Jelasnya, siasatan awal mendapati ketua kumpulan tersebut berasal dari Kampung Sungai Tekam Utara, Jerantut.

“Hasil soal siasat ke atas pengikut kumpulan itu yang berusia 45 hingga 66 tahun berasal berasal dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka. Kesemua yang ditahan tidak memiliki rekod kesalahan syariah, namun polis sedang menyemak rekod jenayah mereka.

“Semua suspek dibebaskan semalam dengan jaminan JAIP sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan untuk tujuan pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah Jerantut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI