fbpx
Anwar ditemui pemberita selepas melancarkan Malaysia Semikonduktor IC Design Park 2 di Cyberjaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

‘Kesihatan saya semakin baik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan tahap kesihatannya semakin baik apabila beliau dilihat melompat secara spontan sebanyak dua kali apabila diajukan soalan berkenaan tahap kesihatannya kini.

“Alhamdulillah, saya semakin sihat (My health, Alhamdulillah. I’m good),” itu reaksi spontan Perdana Menteri ketika diajukan soalan oleh wartawan berkenaan tahap kesihatannya selepas berehat akibat sakit belakang, Ahad lalu.

Beliau ditemui selepas melancarkan Malaysia Semikonduktor IC Design Park 2, di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan Anwar terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang dijadualkan pada Ahad atas nasihat pasukan perubatan.

Ia susulan Perdana Menteri mengalami sakit belakang yang menyebabkan pergerakan beliau terbatas dan perlu mendapatkan rehat mencukupi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN