fbpx
Tangkap layar video memaparkan kejadian melibatkan Sheila dengan beberapa orang anggota polis baru-baru ini.

‘Inspektor Sheila’ kembali disiasat, ganggu tugas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang wanita yang didakwa mengganggu tugas anggota polis ketika menjalankan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal warga Pakistan dalam kejadian di Jalan Ipoh, Selasa lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan dikenali sebagai Inspektor Sheila yang pernah berkhidmat sebagai pegawai polis namun telah ditahan kerja sejak 23 Jun 2023.

“Kejadian berlaku sekitar pukul 9.30 malam di hadapan sebuah restoran di Jalan Ipoh ketika anggota polis menahan seorang lelaki warga Pakistan berusia 34 tahun kerana menunggang motosikal tanpa lesen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fadil, wanita tersebut kemudian dipercayai menghampiri anggota polis dari arah belakang sebelum menuduh mereka mengugut lelaki berkenaan serta mempertikaikan tindakan undang-undang yang dijalankan.

“Wanita itu juga merakam kejadian dan mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan pihak polis. Siasatan lanjut sedang dijalankan,”jelasnya.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN