fbpx
Gambar hiasan

Dera pembantu rumah: Suami isteri sudah didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri yang berusia dalam lingkungan 50-an didakwa memperdagang pembantu rumah warga asing di Seri Kembangan, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pendakwaan ke atas mereka di bawah Seksyen 13(a) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dibuat pada 24 Oktober lalu.

“Mangsa berusia lewat 40-an diberi perlindungan menerusi Perintah Perlindungan Interim di bawah Seksyen 44(2) ATIPSOM 2007,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tangkapan ke atas pasangan itu dibuat sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serdang pada 20 Oktober lalu selepas menerima laporan berhubung kes dera tersebut.

Shazeli menegaskan pihaknya memandang serius kes melibatkan penderaan dan pemerdagangan orang khususnya pekerja asing di negara ini.

Pada 24 Oktober lalu, Kosmo! melaporkan hanya kerana kesilapan kecil tidak memaklumkan mahu menggunakan kicap ketika makan, seorang amah warga Indonesia menanggung derita luar jangka apabila mulutnya dimasukkan air panas oleh majikan.

Perbuatan kejam suspek itu terbongkar selepas seorang lelaki berusia 37 tahun menerima mesej daripada adiknya yang memaklumkan tentang kejadian penderaan pada pukul 2.30 petang, 19 Oktober lalu.

Selain mulutnya dimasukkan air panas, mangsa turut diseksa di bahagian sulit, disimbah air panas ke kaki dan ditendang sehingga menyebabkan giginya patah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI