fbpx
ZAHARI meninjau penternak kupang yang terjejas berikutan tumpahan minyak di perairan Sungai Cupak, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Kerajaan gesa JAS lakukan siasatan punca tumpahan minyak sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri menggesa supaya Jabatan Alam Sekitar (JAS) melakukan siasatan terperinci bagi mengetahui punca berlakunya tumpahan minyak sawit mentah di perairan Sungai Cupak, Pasir Gudang, Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, sehubungan itu, pemantauan berkala perlu dipertingkatkan kerana kelewatan bertindak hanya akan menyebabkan lebih ramai nelayan hilang punca rezeki.

“Siasatan sedang giat dijalankan. Kita mahu laporan lengkap secepat mungkin untuk tindakan lanjut.
“Kita tak nak bila dah tumpah baru nak salah-menyalahi. Pemeriksaan berkala wajib dibuat bagi elak kejadian sama berulang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan insiden tumpahan minyak kelapa sawit di perairan Sungai Cupak, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang di sini hari ini.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri memandang serius kejadian itu kerana ia bukan kali pertama berlaku di kawasan tersebut.

“Bila minyak tumpah, kesannya bukan sedikit. Walaupun dua atau tiga hari saja mereka tak turun ke laut, ia sudah cukup menjejaskan pendapatan keluarga,”katanya.

Jelasnya, Jabatan Perikanan, LKIM dan Persatuan Nelayan bakal menilai bentuk bantuan segera yang boleh disalurkan kepada golongan terjejas.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI