KEBELAKANGAN ini, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan beberapa kes jenayah melibatkan pelajar sekolah yang menggambarkan realiti menyedihkan tentang krisis nilai moral dan kemanusiaan dalam kalangan generasi muda. Antaranya ialah kes seorang pelajar tingkatan dua yang membunuh senior sekolahnya serta kes rogol beramai-ramai di Melaka dan Kedah. Insiden-insiden ini bukan sahaja menggemparkan negara, malah menimbulkan persoalan besar mengenai keberkesanan sistem pendidikan dalam membentuk sahsiah dan moral pelajar di Malaysia. Fenomena ini mencerminkan kemerosotan nilai empati, disiplin dan rasa hormat terhadap nyawa serta…














