fbpx
Mangsa, Mohd. Fuad Fahmie.

Lelaki Malaysia parah ditembak di Sungai Golok angkara hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NARATHIWAT, THAILAND – Seorang lelaki warga Malaysia yang dipercayai mempunyai masalah hutang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok di sini hari ini.

Ekoran kejadian pukul 6.40 petang itu, mangsa, Mohd. Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang berasal dari Kampung Kepas Asam, Pasir Mas di Kelantan menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.

Jurucakap polis Narathiwat ketika dihubungi berkata, hasil temu bual dengan beberapa saksi di lokasi kejadian mendapati, kes dipercayai berpunca daripada masalah hutang. Mangsa sudah berkeluarga dan tinggal di belakang sebuah masjid di Pasir Mas. Siasatan lanjut mendapati, suspek yang melepaskan tembakan merupakan warga tempatan.

“Suspek disyaki menembak mangsa menggunakan pistol sebelum melarikan diri. Identiti suspek telah dikenal pasti dan gerakan memburu lelaki itu sedang giat dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN